Press

No matter where you are and what you look like. Create your own style.Let it be unique for yourself and yet identifiable for others.
The creation begins deep by yourself. Be inspired in my world and give your life an extra boost. So show yourself more and just be you ♥

MARHABA, The Yemeni Cuisine

by - 1:03 PM

Hello 2014!
Assalam & hi all :)

Kejap je masa berlalu, dah pon masuk 2014. 
Azam tahun baru? Hmmm Tiap tahun pon sama je Ann rasa. HAHA
Cuma tiap2 hari Ann pesan diri sendiri, 
The clock is running Ann. Show up. Do the work. Amaze yourself. See RR's most cute photo. DO IT AGAIN' ^____^

  Cuma 1 thing, hope 2014 ni Ann nak cuba aktif berblog macam few years back.
Rasa relieve sgt bila berbual kepochi tru alam maya ni. HAHA
Thank you so much to all beloved readers, families & friends yang bagi continous support kat Ann soh jangan stop blogging even dah tak pemes macam dulu *pemes ke kau?! lempang sedas kat diri sendiri* Mak sedo diri uols hehe

1st review 2014

FOOD
 Ann nak share cerita pasal Yemeni Cuisine. Middle East Cuisine giteww.
Honestly, Ann bukan peminat makanan Arab2 ni. Big portion, lamb2, bau2 rempah ratus.
Memang sah la bukan tekak minah Arab. Haha
Tapi bab Arab2 punya decor, hui jangan beb, 
 memang Ann suka. Mau ada yang tanak balik kang. Hehe
 Tu psl kawen pon overrr nakkk jugak Moroccan kemain kann *Puihh*
 Kalau client Ann mintak Moroccan/Arabic wedding/shower/bday etc theme,
 huii memang Ann suka la hai. Client pon suka. Sebab? dorang berparty habis kan all
flavour shisha hookah set Ann bagi. HAHA #imissmyAMP 
Ok sambung.

Tapi di sebab kan Ash suka makanan Arab, so Ann plan cari Arabic fine dining restaurant sempena nak celebrate birthday dia end of November 2013 haritu.

VENUE
Venue : Ann pilih Publika. 
*RR - Ni dia ni dia aunty uncle, sambil tunjuk guna jam dia ;p*

Why Publika?
Kalau boleh Ann nak cari tempat yang tak jauh sangat sampai ke KL sebab I HATE jem jem jemm.
Pastu Ann & Ash suka gils lepak2 makan kat sana especially on Sundays. 
Chillin' at Chawan Cafe *kids nowadays hmm hmm*

Takde la crowded with peoples, arts & decors pulak awesome. Memang thumbs up la. #ibujarimatabulatmulutkemam
 Kebetulan tau ada Arabic restaurant kat sana from few bloggers, lagi awesome la kan. Hihi
Even tempat nya  moden urban havoc kemain, tapi surau tetapp ada dan cantik comel. Tihihi
Continue.
Ann pergi sana 1 day before sebab nak booking.
Nama restaurantnya

MARHABA RESTAURANT

Sampai2, tengok dari luar, gulp! ID letop uols! Cantik, looks elegant & mewah.
Very exclusive, bling2, I loikeee :p
Ok. Tak payah nak loikkeee sangattt.
Mati la aku. Ok confirm nak kena standby dlm RM5xx+ ni. Betul ke bloggers ni review kata tak mahal ni?
Ha nak sangat fine dining kan hambikkk haha.
Niat hati da nak patah balik, tapi boleh pulak staff dia bukak kan pintu. 
RR pulak bantai tido, takde idea mak Jemah Ann nak berlakon bagai. HAHA
Dengan senyum bajet cantek dan confident kaya, Datin Ann terus masuk dan buat booking.

Kaunter & bar

Booking tanak kalah kau. Terus booking VIP/Private Room time lunch hour 24/11/13 for 4 pax.
Bilik yang kanan, utk dlm 8 person camtu. Bilik kiri besar lagi sikit, siap ada toilet x silap.
Datin Ann booking bilik kanan ye adik kakak. Again, confident okkk. HUAHUA.

Maaf awal2 cakap, Ann tak se detail bab amik gambar, sebab at that time, tak terfikir nak share review dlm blog ke hape, so amik pix pon asal adoo buat kenangan. HAHA

The manager dah amik my contact no etc, Ann siap tanya nak letak depo tak? Overrrrr
Orang tak tanya kau offer pulekkk nak letak duit. Datinnn kan? Ops! HAHA
NO deposit etc. FOC sajohhh. Hihi

The next day, I invite Ash's bro & his wife join our lunch sebab macam rasa sadis je makan bertiga. 
The more the merrier. Tak gitu?
Plan dalam kepala, macam best je kalau invite all Ash's sibling since dorang memang rapat adik beradik. Tapi ko bayang kan, kalau dah adik beradik je dah boleh buat family day, bape banyak Ann kena bergolok bergadai bayo bil? *dan2 pergi cash converter bawak segala reta LOL*
Ko ghase? HAHAHAHA 

Masuk2, Ann dah bengang berasappp je kepala. Sebab?
Orang yang amik booking Ann semalam tu takde. Ok fine. 
Pastu dorang check dalam buku booking tu takde my name? WTH? 
Padahal semalam sah2 Ann datng situ, tulis nama sume bagai. 
Pastu kata oh ada, birthday celebration bla bla.
Supervisor ke manager ke sape ntah, kata kat Ann paling2 pon kena buat booking 2 days earlier, manager semalam tu salah bagi info bla bla.  
Mood dah hilang dah time ni :(
To make it worst, ada pulak orang guna bilik tu. Dan bilik sebelah nya.
Ok fine~~ 
Malas nak bising2, Ann tanya, ada tak tempat kosong for 4 pax sebab dorang da berdiri kat luar agak lama plus RR tak leh dok diam.
Kat luar sume meja kosong time tu tapi kitorang taknak sebab agak panas hari tu. Lunch hour kot.
Kat dalam, meja sume full.
But alhamdulillah, managed to get tempat duduk bersila. Cantik jugak :) 
Dah bisik2 ngan manager tu *hint* terus duduk.
And bagus jugak la tempat duduk bersila ni hah. 
Especially to all parents yang ada anak super active stok tak reti diam kecuali waktu tido. HAHA
Ada 3 area utk tempat duduk bersila. 
Yang paling besar, rasanya boleh muat dalam 10-15person camtu.
Mine dalam 4-6person ok rasanya.

    Staff dia bentang siap2 'saprah'
plastik panjang marhaba



Tak sempat mummy snap full pix staff setting pinggan cantik sume, 
zassss RR 'tolong' decor kata nya. 

Daddy the bday boy pon susun la balik semula. Halahai.

Sebelum food sampai, moh le tepek gambo 1 dulu. Hihi

RR with his Ucu & Mokcu :)

MENU

Complimentary starter.

Arabic Tea. Rasa macam ada mint2. 
Rasa macam payau2 kelat. Sorang pon tak minum haha
Sup kambing. Bau kambing. haha Kalau hirup panas2, memang sedap!


 Ni pon complimentary starter. Tapi tak ingat dah apo kobondo eh jang.
Yang penting Ann cicah2 sume, sedap!

 Di sebab kan awal2 dah tau tak bley blah tekak kami ngan tea tu, sume order air lain. 
Sume order fresh juices, habis cite Haha

Strawberry juice

Cucumber/Lime Juice

 Mulauwah Bread
The Fresh Yemeni Bread

Saltah Fahsah
Sizzling Lambcooked in stone pot

Roti tu cicah ngan Saltah, macam kuah kambing. 
Pergh! Sumpah sedap bak hang! 
RR pon suka :)
Suppose besar lagi size roti dia, tapi takut tak habis, so mintak dia buat kecik je.
Ada Ann nampak table depan tu ha kau beso gila roti dia size RR. *ibujarikasinaik*
Sekali sampai, ha kau, sekejap licin.
Serius sedap kuah tu. Lembut gila kambing nya.
Ann honestly, tak makan kambing. Tapi kambing dia memang sedap, tak muak langsung :)
And now, rasa macam nak pergi sana semata beli ni *telan air liuq*

Ha ni dia.
Marhaba's Signature Dish
Lamb Hanith

Must try!
Portion for 2 person.
Tapi memang worth it la. Sebab daging dia memang lembut, again tak muak.
Sedap!

Chicken Mandi
Portion ni katanya untuk 2 orang. Sedap chicken dia. Beras pon di import from Yemen ya uols. 

Ok. First2 Ann order 4 dish different menu for 4 person. 
Then dorang bertiga ni kata takyah la sampai 4.
Sure x habis sebab portion Arabic food kan selalu byk.

 And YES!
Order cuma 2 main course pon, ada banyak lagi tak habis.
Siap tapau beb.
Ingat nak order dessert, tapi sume dah tersadai kekenyangan haha

Oh btw, bagus nya staff kat sini, if kita makan duduk bersila, dia susun kan lah kasut2 tu hah.
Kalau 3 kali kau keluar masuk, 3 kali jugak la staff tu susun kan kasut haha

Ha ni dia tapau beg. Kelas kau jah. Cantik :)

Ok. Pastu surprise utk Ash.
Yang best kat sini, if kita booking awal utk birthday party, dia akan bagi complimentary birthday cake.
Best kan kan kan?
Ash tak tau langsung pasal ni. 
My bro in law & wife pon x tau apa2 pasal ni.
Ann nak surprise sume orang.
Konon nya. Haha
So sementara staff clear kan all pinggan mangkuk segala kat atas 'saprah' tu, 
si RR dah tak boleh duduk diam. 
So Ann bawak dia ke luar kejap.


Tadaaaaa~ 
Sesuai utk family yang ada kids esp kids yang tak reti dok diam macam RR.
Ada cute playground kat luar restaurant.  

Depan playground ada meja2 kalau those yang nak smoke / ambil udara luar. 
Cantik!  
I bet kalau malam, pergh. 
Serius lagi cantik deco luar dan dalam restaurant ni :)

Ok fine~~~~~~
Ann dah ter miss acara paling di tunggu2.
SADIS. T______________T
Rupanya tak lama Ann keluar tu, dorang dah datang ke table.
WAAAAA
1 girl staff berpakaian macam penari gelek Arab/pakaian traditional dorang bawak cake, 
and few boy staffs macam menjerit 1 resturant boleh dengar nyanyi happy birthday utk Ash depan table kitorang.
HAHAHA
And Ann takde kat situ.
PURRRRRFECTTT! *@%&*^*

Ann cakap why korang, sorang pon tak call/panggil Ann  kat luar?
Dorang cakap, sebab terkejut sangat, terkedu, dan segala ter sebab tetibe muncul penari & reramai nyanyi
HAHAHA
Dah blah penari and the boys baru Ash call I soh masuk.
So no pix or video :(

RR pulak meragam tak nak masuk.
Dah 1 keja angkut pulak mummy dok bawak basketball pool hoop tu masuk dalam hahaha
 Ala comelll nya la hai cake tu hihi 
Ok la kan, comlimentary cake for 4 pax.


Pastu ada wall of frame, ada gambar2 artists & VVIPs pernah makan kat sini.

Part paling di tunggu. 
Bape Ann punya total damage hihi
Ann dah bajet dlm RM5** la camtu.
Tak silap Ann, total inclusive GST sume tak sampai RM320.
Exact total tak ingat sebab 2 bulan lepas punya cerita haha

Worth it la kot to me if u nak experience fine dining restaurant, 
ibarat tempat exclusive tapi suasana santai gituuu.
Takde la formal sangat kan. Hihi
Recommended la pada Ann if those yang nak cari place utk special occasion,
untuk birthday party / family gathering / anniversary etc.
Ann rasa if ada private function macam engagement / small wedding luch/dinner reception pon ok.
No need deco & such. Perfect dah. 
Tinggal plan for the entertainment je :)

How to go here?
If tak familiar ngan this place, uols tengok je landmark batu2 kaler ni.

Dari tepi jalan, nampak dah Marhaba ni.

Marhaba Restaurant
D1-G4-1, Publika Solaris Dutamas
No. 1 Jalan Dutamas
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-62078222 / 9222

For more details :


Nak lebih terliur dengan all the foods dan gambar2 yang lebih mantap, 
korang boleh tengok few reviews dari blogger2 ni :

Selamat makan tengah hari semua!

xoxo,
Ann

You May Also Like

4 comments

  1. Yes! been there ann. Jan makan kat bilik, lebih privacy..ada toilet yang best tuh, sebab bawak baby..senang nak mencuci mulut kalau dia makan dll. hehehe

    Memang sedap roti besaq itu.. Rasa mcm takleh habis, tapi licin ko! Rasa nak menapau lagi, tapi takde lah tapau.

    Air, patut Ann order mango @ kiwi lassi, sedap!!!

    Hehehe, sian Ann miss the penari.. RR lah ni! hahaha

    Welcome back Ann.. Harap 2014 banyak post meletops utk kami :D

    ReplyDelete
  2. Besar dah RR...lapau plak tgk food ni petang2 ni hehe

    ReplyDelete
  3. jan - tu lah, bilik mesti lagi best kan? hukhuk

    kan kan jan roti tu sedapppp kan? hihi

    air, ha tu la, selalu kalau org gi arabic restaurant mesi minum lassi kan? tapi tu lah, orang tekak melayu, bukan 'drink adventurous' haha

    :((( camtuuuuuuu lah kalau bawak kids. hahaha pasrahhhhh huhu

    Amin insyaAllah Jan. Kan best kalau dapat jumpa bloggers especially zaman2 Ann nak kawen dulu. Dulu meriah sangat! Rinduuu

    ReplyDelete
  4. My Rule : Ya Allah! Lama nya tak berbual secara maya dgn u. Sihat dear? The boys pon dah besar hihi take care tau! :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...