01.10.2010

Daisypath Anniversary tickers

Our RR :)

Lilypie Second Birthday tickers

Friday, March 29, 2013

RR and Hand Foot Mouth Disease story

*Nyayi sambil tangan dok cuba rap zas zas*
Assalammualaikum semua.. 
Ini kisah Aaron Aziz eh Ann Ash 
Ha sape tak tau lagu ni pastu kata kipas susah mati Hariz/Seth tu, hang memang nak kena luku ngan cheq. ;p

Ok. Tutup buku sakit hati psl DEMC last week,
this week Ann nak share cite pasal HFMD ni ngan uols. Hehe
Apa kebenda HFMD yang durjana ni? 
Penyakit kaki tangan dan mulut ya adik kakak.
Ann memang tak expect / tak tau / tak sangka / tak pernah ambil tau pon kekdah nya benda alah HFMD ni. So memang BLURRRR terkedu bila dapat tau RR suspect kena HFMD ni masa hantar kat nursery.
Ni 1st time Ann hantar anak ke nursery. Ye lah setahun yg lepas maid Ann yang jaga.
Oh ya. Babysitter/daily maid Ann yang awesome, thai myanmar tu, dia dah tak keja ngan Ann dah :(
Hari2 dia & husband dok ngadap & sayang betul kat RR, tup2 rezeki agak nya, finally pregnant la hai si Jane tu hah. Pastu morning sickness sangat terukkk. RR pulak tengah melasak. Kesian Ann tengok dia sampai tak larat jaga RR. Tu yang Ann hantar RR kat nursery.  

Asal nya RR demam kalau tak silap. Malam tu temperature dia 39.6 so Ann cakap kat Ash if tak kebah jugak malam tu kita bawak ke hospital. RR jarang sakit so Ann perasan if sekali dia sakit, memang teruk dia sakit. Ann fikir takde pape like demam biasa je so kalau dia demam, selalu nya kitorang tak kan bagi dia aircond/kipas, bagi dia sampai berpeluh tidur. Makna nya dengan mak bapak dia sekali tidur mandi banjir peluh ya. Bila panassss je, ok mak bapak RR try chill kan diri masing2.
Kata 'Demi anak, takpe lah kita berpanas.'
kejap berkipas tangan,
kejap beristighfar *time2 camni la baru nak dpt tgk ;p*
kejap bergolek kiri kanan,
pastu tidur kat lantai cari port sejuk. Hehe
Bila dah pagi.........
Eh?! Apesal mak bapak RR tidur kat hujung katil, pastu ada stand fan menghala kat dorang je?
Ceh! Demi anak la sangattttttt HAHAHAHA   
RR?
Hau kau, selalu nya banjirrrr peluh basah katil.
Ok. Good. Dah kebah. After kebah selalu nya dia terus baik. Lagi cepat effect dari makan ubat doktor.
TAPI
pagi tu RR tak berpeluh, cuma dah kebah. PELIK!
Pastu Ann perasan, dia tak nak makan AT ALL. 
Bila menyusu, mulut dia mcm pause pause, bergetar2 bibir dia bila minum.
Malam tadi nya masa dia tidur, Ann tak boleh tidur sangat sebab dia merengek2 till pagi pastu berguling guling sambil mata pejam.
PELIK.
Then noticed kat mulut RR ada 1 obvious spot merah macam kena kena gigit something. Kat rumah, Ann perasan selalu ada semut halussssss.  
Kebetulan ada cousin sebaya RR kat rumah and dia selalu kena gigit semut etc *kulit sensitive* so Ann tanya kat my SIL why bekas gigitan anak dia tak mcm RR? RR macam melepuh tau.
PELIK.
Since kerja, Ann siap2 kan RR & sent him to nursery as usual. Selalu nya RR bila sampai, dia sendiri hulur tangan mintak di dukung but hari tu dia MERONTA2 melalak2 sampai kangar nak Ann.
Masa dia tgh melalak kat tangan owner nursery tu, Kak CT terus cakap kat Ann,
'Eh Ann, akak rasa anak kau ni mcm kena HFMD ni dik. Mulut dia PENUH putih ni. Kat tekak dia macam ada ulser ni. Ko habis kan kerja ko cepat, bawak anak ko cepat pergi hospital'
Ann? HAH? Ape benda HFMD? Teruk ke penyakit ni? *Melopong*
Siap kan kerja cepat, pastu call Ash, terus shoot bawak RR ke DEMC.
Paed said confirm HFMD. Dia jangkit from nursery. Nasib Ann detect awal kata nya. Baru 1st stage. Cuma ada 1 spot merah melepuh kat area mulut RR + bintik2 merah kat kaki + ulser kecik2 banyak kat dalam mulut, paling kesian ulser kat lidah :( So kena quarantine kat rumah for 3 days. Tak makan takpe yang paling penting, dia mesti kena minum banyak air. 

Antara ubat yang paed bagi tu kena rendam RR dalam besen, masuk kan liquid kaler pink.


Bila RR mandi, tak lama pastu air tukar kaler peach! Terkejut mak.

2 days after tu tak silap, morning time, tetibe muncul 2 makhluk yang sasa depan rumah Ann.  Rupa2 nya
orang jabatan kesihatan datang rumah nak check condition RR. I asked them camne tau psl RR? Rupa2 nya paed DEMC haritu call dorang utk datang ke rumah utk tindakan susulan kes RR ni.
Thank God they said, RR dah nak ok. Dah tak demam, aktif, ulser dah kurang, mulut pon dah tak melepuh. Dorang amik air liur RR buat sample utk check kat lab. Ann almost ter lepas cakap bila dorang tanya details pasal nursery. *Time2 ni la otak ko nak jujur bagai Annn!* Nasib Ash cover Ann. Sebab dorang nak terus shoot gi nursery tu check & if perlu, nak tutup nursery tu start hari tu utk pemantauan. Dah 1 kerja pulakkk if tutup. Pastu dorang bagi super detail explaination psl HFMD ni kat kitorang. Siap tunjuk pix & bagi leaflets bagai. Dorang suruh kitorang bawak RR gi kat hospital balik untuk dapat kan surat pengesahan daripada doc mengata kan anak dah completely sihat and pass to the nursery + pass pamplets sekali utk dorang take note.

Esok nya, kitorang gi DEMC untuk amik surat tu. DRAMA
Sakit hati, pastu balik rumah. Esok nya pergi ke UMRA untuk dapat kan letter.
Even parking sempit camtu, the service was excellent. Staff dia siap inform Ann 2/3 kali bagitau berapa orang lagi before turn Ann. Padahal Ann tanya sekali je siapa PAED yg bertugas & berapa org lagi. Yang paling best, 1 of the doctors yang pernah check Ann dulu, the most handsome doc la kot, Dr Niraj recognized Ash.
LAWAK.
Dia boleh tegur Ash *Ann & RR kat playroom time ni* and cakap
'Eh mana your wife? Buat apa kat sini? Belum sempat Ash jawab.
terus dia kata 'Pregnant lagi?!' Speechless Ash.
AHAHAHA.  
Yang penting, 58 hengget sajoh cost PAED & 2 ubat. Heh.

Anyway,
Ann nak share antara info yang Ann ingat supaya kita sama2 take note & precaution esp yang hantar anak ke nursery.

To parents -
1) If anak macam ada tanda2 demam, JANGAN hantar anak ke nursery. Jaga till sembuh then hantar balik nursery mcm biasa. Jangan menyusah kan parents lain. Tu yang boleh jadik kes jangkit menjangkit & tak pasal2 terus tutup nursery. Dah jenuhhh. Kita dah la bekerja sume.
2) Sedia kan pinggan mangkuk plastic anak, label siap2 letak kat nursery. Senang. Anak kita tak yah share2 pinggan mangkuk ngan anak orang lain.
3) Bila ada tanda2 anak macam nak demam, kalau boleh, sebolehnya jangan bawak anak ke tempat public like shopping malls etc.

To nursery -
1) Remind, suggest and tegas (bila perlu) to parents yang still nak hantar anak mereka yang demam or if perlu jugak kena jaga sebab parents tak boleh EL etc, ASING kan budak tu dengan kanak2 lain.
2) Bila setiap kali makan/minum, asing kan bekas dorang. Jangan satu sudu suap 6/7/all budak.
3) All toys including rattles, benda2 yang budak2 suka gigit2, sume toys la senang cerita, basuh setiap hari with anti septics macam dettol, antabax etc.
4) Same goes to baju2, towel budak (if nursery basuh kan), lantai sume basuh guna dettol. Ala, nak senang, toilet etc tu simbah je ngan clorox. Confirm mati all kuman & geng. Hihi
5) Persekitaran dalam & luar rumah mesti bersih setiap hari & no pets.
6) If basuh poo poo budak, basuh tangan guna anti septic. Say dalam 1 masa ada 3 budak poo poo, jangan basuh serentak. Maksud nya  basuh budak A, pastu basuh tangan balik ngan dettol pastu baru basuh budak B and vice versa.
Normally HFMD ni boleh baik sendiri and virus keluar melalui najis.

Hah. Terus Ann rasa insecure.
Tetiba malam tu jugak pergi Tesco beli ALL barang Dettol konon nak bagi protection kepada RR secara maksimum. Dan juga nak bagi kepada nursery. Ado?
Boleh tahan jugak price barang2 Dettol eh. T__________T



Alhamdulillah,
few days after that, RR dah start makan and aktif as usual.
*1 day after sihat. Baru nak start makan balik ;)*

Happy weekend &
Thanks for reading all!
Love,
Mummy Ann ^____*

7 comments:

rina said...

Aww missing your post like so much!!!

LisaLisut said...

thank you for this info Ann. Cuaknyaaaaaa next week my baby msk nursery balik after 1month dijaga opah nya sjk demam aritu. huhu. hope msk ni jgn kene sakit lai pulak huhu

tenku butang said...

sweeettt...

done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

.:Cik Puan Ann:. said...

rina : tq tq tq million thankss for keep supporting AAWG dear! :)

.:Cik Puan Ann:. said...

lisa : tu la, 1 of friend hantar anak kat tempat i jugak. so dia tau ni my 1st time hantar anak ke nursery so dia awal2 bgtau ann suruh prepare mental & fizikal yang anak kita akan selalu kena demam/batuk etc since nama pon nursery, ramai budakk kan. hmmm tu la. nak buat camne. huhu

.:Cik Puan Ann:. said...

tenku butang : ;)

Mrs.Farhana said...

Good info Ann. me pun riso jugak klu bby demam ke ape. kita ni sgt la berhati2, smpi anak demam biasa2 pun siap EL jg anak, tp org lain tidak begitu.hoho.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com - Sponsored by Free Web Space