Press

No matter where you are and what you look like. Create your own style.Let it be unique for yourself and yet identifiable for others.
The creation begins deep by yourself. Be inspired in my world and give your life an extra boost. So show yourself more and just be you ♥

RR say HI!

by - 2:40 PM

Salam Jumaat to all lovely readers,

Korang sihat?
Ann & RR sihat sokmo jer..hehe
Laamaaa sangattt tak berblog, Ann almost lupa camno den nak menulih.. Fikir title pon ado 10min.HUAHUA.
Pejam celik pejam celik,
today baby RR dah pon masuk 7mth.
Alhamdulillah, dia membesar dengan jayanya. HEHE

Tetibe terasa nak flashback camne RR from lahir till 6mth. Saje buat kenangan. Kang kalo kamu beso sok, kamu baca la balik RR camno mummy dok tatang kamu. Tak sayang mummy, siap! Mummy libas kamu dengan batang penyapu sampai patah. Amboih mummy garang kemain. Hehe

1st day - 1st word kamu masa doc keluarkan from perut mummy. 'Kuang kuang kuang'. Then serentak 3 doctors said, alhamdulillah. Mummy? Op kos terus menangis jurai ayo mata. Klise la kan. hehe

2nd day - Baru dapat jumpa kamu sebab kamu lahir premature. Tu la, kamu tu x penyabo sgt nak kuo jugak. Ha amik. Terus lahir awal sebulan. Hehe Mlm semalam nya mummy tak boleh tido dok teringat camne rupa kamu, kamu haus ke tidak. Sepanjang mlm mummy asyik terdengar suara baby2 lain, sampai la 1 nurse baik hati amik kan pix close up kamu baru mummy boleh tido. Hehe.
Masa 1st time pegang kamu, daddy terus nangis sebak. Azan kan kamu sampai bergetar2 suara dia. Pastu baru mummy nak sambung sebak, tiba2 daddy panggil nama kamu Rayyan, Rayyan... Mummy? sentap. Haha. Sebab nama kamu lain benonya. Plan ngan daddy awal2 dah nama lain, tup2 dia pegang kamu kuo nama lain. HAHA. Kalau mummy tau, mummy letak nama Aaron *tetibe* Untung2 kamu fofular macam Aaron Aziz dik, handsome pon handsome, siap menang ABP lagi baru2 ni. Orang dok jerit2 nama Aaron. Glamor kemain. Mummy pon nanti leh tumpang sekaki. Kamu menag award, mummy pau kereta baru. HUAHUA.
     
3rd day - 1 rumah kecoh. Atok kamu mandi kan kamu tetibe dia jerit. 'Ya Allah budak ni. Kuat betul dia. Cucu lain sume atok mandi kan tak macam dia' Kenapa? Kamu mandi berdiri tegak! Mummy & daddy terkesima sebentar. HAHA

4rd day - Dah tanggal tali pusat. Cepat kan?! Sampai now mummy simpan dlm drawer kamu, buat kenangan. Hehe.

Dalam pantang - Kamu susah sgt nak tido. Tido pon tak lama. Sebab asyik terkejut terkejut. Mummy & daddy sangat2 stresssss. Sebab tido tak cukup, badan masih lemah lagi, kamu pulak asyik menangis, nak nenen. Tak boleh tinggal. Macam2 cara mummy & daddy buat nak bagi kamu tido. Tutup lampu la, tukar2 baby matress la, bassinet, co sleeper etc sume tak jalan. Tido kat atas badan mummy / daddy baru boleh tido. Tapi mana tahan. Tak boleh buat kerja lain. Mummy & daddy try pulak tiarap kan kamu. BERJAYA! Nak tiarap rupa nya. Bila tido tiarap, baru kamu tido nyenyak. Pandai pulak angkat kepala tukar position. Kejap kanan, kejap kiri. Hehe Mummy asyik tengok je kamu takut2 kamu lemas ke hape kan.

28 days - Atok & nenek (JB) kamu buatkan majlis tahnik untuk kamu. Excited dapat kamu. 1st cucu la kata kan. hehe  Mummy kalau majlis2 keagamaan camni mummy mmg lagi suka buat kat JB. Sana crowd ramai & mmg biasa event2 camni. Meriah!! Masa ustaz tu baca kan doa khas buat kamu, di amin kan oleh semua guest, mummy sebak sangat. Masa ustaz tu masukkan kurma ke dlm mulut kamu, kamu hisap jari dia taknak lepas. Semua orang ketawa. HAHA

1 mth - Kamu kena prolong jaundice. Mummy risau sangat. 1 badan kamu mcm kaler cekelat2,kunig sikit. Sedih hati mummy bila doc cucuk badan kamu few times amik darah.

2mth - Alhamdulillah. Kamu recovered from jaundice tu. Masa ni still ramai orang datang visit kamu. Alhamdulillah rezeki kamu murah. Banyak hadiah & duit kamu dapat. Mummy ingat nak buatkan 1 account ASB utk kamu. Kalau mummy ada terguna sikit masa dalam pantang aritu, mintak halal la ya. Haha Ala, pusing2 pon, nanti tiap2 bulan mummy masuk kan jugak utk kamu. Sama je kan? Hihi

3mth - Kamu makin membesar. Dengan semua orang kamu nak, ok je tak nangis.

4mth - Dah pandai meniarap. Berguling2. Mummy over excited tengok cousins kamu dah start makan solid food. Mummy pon test kat kamu. Bagi puree apple/ mango. Kamu. Ape yg kamu tak ngap? Tolak batu kayu je kot. HAHA. Duduk dalam stroller & car seat pandai pulak nak yang mahal. Yang biasa2 tak mau. Popok kang tau la.  Toys pulak, semua benda mummy rasa nak beli. Biasa lah, anak 1st kan. Semua mainan nak masuk mulut. Yang pelik lagi mengkonpius kan mummy, lagi mahal toys kitorang beli, yang tu la kamu tak nak main. Sudahnya, kamu lagi eksaited main kunci keta mummy, makan & baling hp BB mmummy, main spray bottle, botol minyak cap yuyi tu la etc. hai la anak bujang ni.. HAHA        

5mth - Kamu dah tumbuh gigi. Terkezut mummy. Bukan 1 tapi 2 sekali naik. Gigi bawah. Hihi. Semua orang cakap kamu cepat. Makan now Cerelac Gandum & Madu. Kadang2 Cerelac Beras & Buah2an. After this x tau nak try ape lagi pulak. Huii, sekarang dah pandai melompat2 non stop! Imagine kol 2 3 pagi nak main melompat2. Tak ke mummy dan daddy nak menangis tersedu tepi katil? Cuba kamu jawab RR. Haha  

6mth - 1st time kamu demam lama. Selalu kamu kalau mummy tengok macam nak demam, mummy dah standby sumbat mulut kamu, soh nenen byk2. InsyaAllah esok nya elok. X jadi demam nak datang.  Ni lambat 2 minggu baru buat 6mth jab. Bulan ni kamu mengada2 lebih. Asal mummy hilang dari pandangan, menangis berlagu2 kuo berjujuran air mata. Kalah Aaron berlakon dlm Ombak Rindu. Haha Kalau jiran sebelah dengo sure kata mummy dera kamu. Tapi kalau mummy buat kerja sebelah kamu, kamu main ok je. Main makin ligat. Tak terkawal sampai. Betul lah orang cakap kalau budak dua pusar mmg sangat aktif. Daddy pon satu. Kalau main ngan kamu yang ganas2. Lagi lasak lagi kamu suka. Kalau dengan mummy, nak suruh mummy lambung2 tinggi, kepala kat bawah kaki kat atas, lompat2..memang SAH2 mummy surrender awal la. Mau terbukak balik jahitan mummy dik. Kang tak ada chance la kamu ada nak ada adik. Tetttt. Haha

Cukup lah tu. 1 hari tak habis cite psl kamu.
Ha la ni, mummy tak tau ape kamu nak pandai. Asek goyang2 bontot. Macam nak merangkak. Macam nak duduk. Macam nak berdiri. Tamak kemain. Haha
Alhamdulillah, sekarang kamu main ok, ngan orang ok, makan pon ok. Tinggal 1 je.
SUSU.
Mummy pecah kepala dok pikiaq cemane la buat ngan kamu ni. Botol langsung tanak. Puting, dari kaler yang putih sampai ke yg kuning cekelat cam 'nenen' mummy pon kamu tanak. Dari yg murah kat kedai runcit sampai ke mahal kat butik, pon tanak. Pacifier pon tanak. Sudu pon tanak. Campur ngan FM pon tanak. Pandai pulak kamu tau bila mummy campur ya. Haha. Nak DF je. PENING MUMMY!
Takpe lah. Kalau itu yg terbaik untuk kamu, mummy sanggup berkorban utk kamu dua tahun ni.
    
Last but not least,
Ini lah gambo latest kamu 7mth pagi tadi.
Abes kipas tu hah dah togel kamu gigit. Haha.
Sorry lah RR, mummy selalu lupa nak amik pix kamu hari2. Hari2 byk urusan mummy nak. I know u know kan. Mummy cuba if x dpt hari2, setiap 20hb mummy mesti amik pix kamu ok :)




Peluk cium untuk kamu si tomey Rayyan Rizqin,
Mummy & Daddy

You May Also Like

6 comments

  1. Hai RR hensem dan macho mcm Aaron Aziz..eh..haha

    Wah, panjang nye entry mummy untk RR bca bila besar. Betul tuh RR, dah besar nanti kalu tak sayang kat mummy memanggggg lah! Mummy sanggup berkorban tau utk kamu..demi kamu.. huhuhu

    all the best RR dan mummy yang dah lama tak tgk picnya..;D

    ReplyDelete
  2. Hello hot mummy ann :)
    cepat btol rayyan besar kan?rasenye mcm baru je bace kisah ann deliver sume tuh...
    and cepat btol rayyan pandai wat sume bende compared to others yg same age with him...
    see, berkat susah payah ann mase terbersalin awal...n czer..alhamdulillah dapat anak yg bijak...
    nad pon nervous tunggu few months nak deliver..heheheheeh :)
    harap2 sumenye dipermudahkan...
    u take care mummy :)

    ReplyDelete
  3. waaa!anak ann mcm anak yun dah,berdiri je skang...hehe

    ReplyDelete
  4. sibuk betul mummy kamu RR.. lama tak update blog.. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...